Program Art of Content Creation: Rahsia Jana Income Pada Usia Muda merupakan inisiatif kreatif yang dianjurkan sepenuhnya oleh pelajar FunnelEvo College sebagai sebahagian daripada latihan industri mereka. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar dalam bidang komunikasi dan teknik pemasaran di media sosial. Dengan bimbingan penuh daripada para pensyarah dan pihak kolej, pelajar diberi peluang untuk menerapkan kemahiran yang relevan dalam dunia perniagaan digital yang semakin berkembang.
Program ini bermula dengan pendaftaran para peserta, diikuti oleh sesi motivasi pagi yang dinamakan morning kicks bersama Tuan Faisal dari Team FunnelEvo. Sesi ini bertujuan untuk memberikan semangat dan inspirasi kepada peserta sebelum mereka memulakan kelas yang intensif.
Setelah itu, program diteruskan dengan kelas pertama yang dikendalikan oleh Madam Raina, yang membincangkan topik pemasaran digital dan TikTok Affiliate. Dalam sesi ini, peserta mempelajari strategi dan cara-cara memanfaatkan platform TikTok untuk menjana pendapatan melalui pemasaran digital yang efektif.
Selepas sesi pemasaran digital, program diteruskan dengan kelas yang dikendalikan oleh Sir Kimie, yang memberi tumpuan kepada topik membina konten yang menarik dan teknik penggunaan aplikasi CapCut. Peserta diajar teknik penyuntingan yang kreatif serta cara menghasilkan konten yang menarik perhatian penonton. Penguasaan aplikasi ini menjadi nilai tambah yang penting dalam menghasilkan konten yang berkualiti tinggi untuk dipaparkan di media sosial.
Pada akhir program, peserta diminta untuk menghasilkan video yang akan dimuat naik di platform TikTok sebagai tugasan penutup. Ini memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari, dari merancang hingga menghasilkan konten. Program kemudian diakhiri dengan penyampaian sijil sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada peserta yang telah berjaya menamatkan sesi ini.
Secara keseluruhannya, pelajar FunnelEvo College mendapat banyak manfaat dan pengalaman berharga dalam penganjuran program ini. Mereka bukan sahaja mempelajari teknik pemasaran digital dan pengurusan program, tetapi juga memahami lebih dalam mengenai kepentingan komunikasi efektif dan kreativiti dalam dunia pemasaran konten. Program ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran teknikal pelajar, malah memupuk keyakinan dan kemahiran insaniah yang diperlukan dalam bidang industri pemasaran digital.