Pelajar FunnelEvo College Menyertai Sesi Temubual Para Usahawan di Program The Leadership Game: Battle Plan 2025

Pelajar-pelajar dari FunnelEvo College baru-baru ini terlibat dalam satu aktiviti menarik apabila mereka diberikan peluang untuk menemubual para usahawan berpengalaman di bawah naungan FunnelEvo Academy di Marriot Hotel, Putrajaya. Program ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada dunia perniagaan sebenar, di samping melatih mereka dalam kemahiran komunikasi, jaringan, dan pemikiran kritis melalui sesi temu bual yang dijalankan.

Para pelajar ini telah dibahagikan kepada tiga kumpulan, di mana setiap kumpulan ditugaskan untuk menemubual usahawan dari pelbagai industri. Setiap kumpulan terdiri daripada pelajar yang memiliki kemahiran dan latar belakang yang berbeza, bagi memastikan setiap pelajar dapat menyumbangkan perspektif unik semasa sesi temubual berlangsung. Pembahagian kepada tiga kumpulan ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk bekerjasama, serta membolehkan mereka menjalankan temu bual yang lebih berstruktur dan teratur di bawah seliaan daripada Team Media dan Kreatif FunnelEvo Academy.

Penglibatan pelajar dalam aktiviti ini di bawah bimbingan Team Media Kreatif FunnelEvo Academy ini diharapkan dapat membantu mereka mengembangkan kemahiran insaniah, terutamanya dalam komunikasi dan pemikiran analitik. Program ini juga memberikan gambaran sebenar tentang cabaran dan peluang dalam dunia perniagaan.

Melalui sesi temu bual ini, pelajar bukan sahaja dapat memperoleh ilmu dan pengalaman baharu, tetapi juga mampu membina hubungan dengan usahawan yang berpengaruh dalam bidang masing-masing.

Para pelajar juga mendapat satu perkongsian yang sangat mahal daripada Chairman FunnelEvo Tuan Fahdi Ghazali yang membuat para pelajar lebih bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka kelak.

Secara keseluruhannya, program temu bual ini dilihat sebagai satu inisiatif yang sangat berkesan dalam memperkasakan pelajar untuk menjadi lebih yakin, berdaya saing, dan bersedia menghadapi cabaran dalam dunia pekerjaan kelak.

Jangan lupa share artikel ini

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!