Pelajar FunnelEvo College Bersemangat Ikuti Program Amazing Founder Anjuran FunnelEvo Academy

Pada 2 dan 3 Oktober yang lepas, para pelajar FunnelEvo College telah berpeluang untuk menyertai Program Amazing Founder anjuran FunnelEvo Academy. Program Amazing Founder adalah satu program yang di kerangka khas untuk para usahawan belajar tentang teknik Grow Bisnes Lebih Laju.

Para pelajar bukan saja dapat berpeluang mendengar perkongsian ilmu yang hebat tetapi mereka juga didedahkan untuk mendalami dunia keusahawanan dan penjualan. Program ini juga direka khusus untuk memberi pendedahan dan latihan kepada para pelajar dalam meningkatkan kemahiran membuat jualan serta menemubual para usahawan yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Alhamdulillah dalam tempoh 2 hari para pelajar FunnelEvo College telah berjaya membuat sales sebanyak 4 angka. Ianya merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan.

Program ini tidak hanya menawarkan ilmu praktikal, tetapi juga memberi peluang kepada para pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan ikon-ikon usahawan yang sudah berjaya. Ini dapat membina keyakinan diri mereka untuk bercakap dikhalayak ramai.

Pencapaian yang paling membanggakan adalah apabila 3 orang pelajar FunnelEvo College telah dijemput oleh Tuan Fahdi Ghazali ke atas pentas sewaktu perkongsian bersama dengan para usahawan.

Pelajar yang pertama dijemput adalah Aqil bin Ahmad Mazri Suawardi yang merupakan Presiden bagi Majlis Perwakilan Pelajar FunnelEvo College. Beliau telah berkongsi tentang bagaimana pengaruh influencer menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk berhenti sekolah sewaktu beliau berumur 15tahun. Bermacam macam kerja yang beliau buat sewaktu itu tetapi akhirnya beliau sedar tentang kepentingan untuk ada ilmu. Alhamdulillah beliau telah dipertemukan dengan FunnelEvo College dan sekarang menjadi salah seorang pelajar yang berpotensi tinggi.

Pelajar yang seterusnya adalah Muhammad Ammarul Haq bin Mohd Yusoff Fauzi. Kisah beliau pula adalah kerana tindakan pantasnya telah membantu orang lain. Pada hari kedua program salah seorang peserta Program Amazing Founder telah tertinggal telefon berhampiran dengan meja sales. Tindakan beliau pantas beliau telah menyelamatkan keadaan daripada risiko telefon dicuri, Walaupun tindakan itu nampak biasa saja tetapi bagi pemilik phone ianya sangat bermakna kerana terdapat banyak maklumat penting di dalam telefon tersebut.

Alhamdulillah perjalanan 2 hari ke Program Amazing Founder banyak memberi ilmu dan pengalaman yang sangat mahal kepada para pelajar. Bukan saja memberi pengalaman dalam menguruskan sales tetapi yang lebih bermakna adalah dapat membina keyakinan diri mereka.

Buat sungguh sungguh !!

Buat sampai jadi !!

Jangan lupa share artikel ini

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!