MERDEKA DENGAN BERNIAGA!

Hari ini, 2 Ogos 2024. Kira-kira 67 tahun selepas kita Merdeka.

Bumi yang bertuah ini dibina atas keringat dan perjuangan titisan darah.
Bumi yang bertuah ini menyaksikan pelbagai bangsa bersatu padu untuk membanggunkan sebuah negara yang merdeka.
Bumi yang bertuah ini dikurniakan limpahan rahmat dan rezeki yang sangat banyak!

Selepas 67 tahun… Masih Ada Tak Semangat Merdeka dalam Jiwa Kita?
Lepas 67 tahun, kita patut tanya diri sendiri… Adakah kita masih hargai erti sebenar kemerdekaan? Dalam dunia serba moden ni, kita kadang-kadang terlalu sibuk dengan teknologi dan urusan harian sampai kita lupa pengorbanan nenek moyang kita yang berjuang habis-habisan untuk kebebasan kita.

PMX baru-baru ni ajak kita semua, setiap premis, rumah, dan kenderaan, kibarkan Jalur Gemilang!
Bukan sekadar simbolik, tapi sebagai peringatan tentang perpaduan dan cinta kita pada negara. Tapi, ada tak yang rasa ini cuma benda remeh je?

Setiap kali kita tengok Jalur Gemilang berkibar, ia ingatkan kita tentang perjuangan dan erti kebebasan yang kita nikmati sekarang. Tapi, untuk betul-betul hargai merdeka, kita kena buat lebih dari sekadar kibarkan bendera. Kita kena ajar generasi muda tentang sejarah negara, hargai kepelbagaian budaya, dan sama-sama bangunkan negara kita.
Usahawan pastinya melihat merdeka dari sudut.

  1. Bebas kewangan.
  2. Bebas masa.
  3. Bebas membuat pilihan dalam hidup.
  4. Sokong produk tempatan.
  5. Beri peluang pekerjaan pada orang kita.
  6. Sumbang kepada komuniti setempat.

Dengan cara ni, kita bukan sahaja bangunkan ekonomi negara, tapi juga tunjukkan yang semangat merdeka masih mengalir dalam darah kita.
Semangat merdeka ni harta yang sangat berharga. Kita semua kena hargai dan pelihara. Bukan setakat kibarkan Jalur Gemilang, tapi dengan setiap tindakan yang kita ambil untuk kebaikan negara.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-67, Malaysia!
Ayuh Merdeka dengan berniaga!

Sahut seruan Amazing Founder : Grow Bisnes Lebih Laju pada 2&3 Oktober 2024. Persediaan untuk dirikan bisnes luar biasa 2025 dengan pengenalan modul yang baru!
Dapatkan slot sekarang di AmazingFounder.com

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!